Monday, March 28, 2011

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 13

Adalah dimaklumkan mesyuarat Agung PIBG kali ke-13 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 2 April 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 a.m
Tempat : Dewan SRA Jenderam Hilir.

Semua Ibubapa dan penjaga dijemput hadir.

Thursday, March 24, 2011

program aku janji PSRA 2011 dan penubuhan kelab penyokong tahun enam (KPTE)




Dimaklumkan program tersebut telah diadakan dengan jayanya. Ramai juga para ibubapa terutamanya para ibu turut bersama-sama menyertai anak-anak mereka melafazkan janji mencapai kecemerlangan PSRA 2011. Hampir semua pelajar bercita-cita ingin mencapai mumtaz. Tahniah dan harapan PIBG agar ia dapat direalisasikan ketika peperiksaan nanti. Penubuhan KPTE juga telah dilakukan dan ia terajui dan dibarisi oleh para ibu. Tahniah kerana ingin turut serta bersama sekolah dan PIBG merealisasikan kecemerlangan anak-anak mereka.

Wednesday, March 23, 2011

Program blue print dan penubuhan kelab ibubapa tahun 6

Adalah dimaklumkan bahawa prorgam tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 24 Mac 2011 (Khamis)
Masa : 3.00 p.m
Tempat : Dewan SRA Jenderam Hilir.

Program ini bertujuan membentangkan perancangan dan strategi oleh pihak sekolah dalam menghadapi PSRA tahun 2011. Pada masa yang sama kelab ibubapa tahun 6 akan ditubuhkan bagi memantapkan dan menyokong pihak sekolah dan PIBG untuk merealisasikan kecemerlangan PSRA bagi pelajar tahun 6. Semua ibubapa pelajar tahun 6dijemput hadir.

Thursday, March 3, 2011

Ceramah Maulidurrasul 1432 H




Ceramah tersebut telah diadakan dengan jayanya. Penceramah jemputan adalah Ustaz Misron Mahmud dari PAID Sepang. Terima kasih kepada ustaz Misron atas ceramah yang telah diberikan.

Wednesday, March 2, 2011

Program Maulidur Rasul 1432H

Adalah dimaklumkan bahawa program sambutan maulidur Rasul peringkat SRA Jenderam Hilir akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 3 Mac 2011 (Khamis)
Masa : 3.00 p.m
Tempat : SRA Jenderam Hilir.

Semua djemput hadir.

Program Jawi baru

Adalah dimaklumkan bahawa program tersebut telah berjalan dengan jayanya seperti butiran berikut:

Tarikh : 28 Februari 2011 (Isnin)
Masa : 3.00 p.m
Tempat : Dewan SRA Jenderam Hilir.