Friday, September 18, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1430 Hijrah

Pihak PIBG SRA Jenderam Hilir ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua warga SRA Jenderam Hilir. Kami mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang memegang jawatankuasa PIBG SRA ini. Akhir kata Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Friday, September 11, 2009

Peperiksaan Sijil Rendah Agama (PSRA)

Peperiksaan tersebut akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh : 14 - 17 September 2009 (Isnin - Khamis)
Tempat : Dewan Peperiksaan SRA Jenderam Hilir.

Selamat menghadapi PSRA daripada pihak PIBG SRA Jenderam Hilir.

Program bacaan Yasin sempena peperiksaan PSRA

Program bacaan yasin telah diadakan seperti berikut:

Tarikh : 11 September 2009 (Jumaat)
Masa : 3.00 p.m
Tempat : Dewan Peperiksaan SRA Jenderam Hilir

Program ini diketuai oleh Ustaz Hanif. Ia bertujuan untuk mendapat keberkatan dan keredoaan daripada Allah s.w.t disamping memohon untuk memudahkan menghadapi PSRA dan mendapat keputusan yang cemerlang. Selamat mnghadapi PSRA daripada pihak PIBG SRA Jenderam Hilir.

Guru kelas 5 iman

Adalah dimaklumkan bahawa ustazah Norliyana Fariza telah selamat bersalin pada 3 September 2009. Pihak PIBG mengucapkan tahniah kepada ustazah kerana mendapat bayi lelaki. Selamat bertugas ustazah Abida Abdul Wahid yang akan bertugas menggantikan ustazah norliaya sepanjang beliau bercuti bersalin. Tahniah kepada ustazah dan selamat bertugas kepada ustazah Abida.

Friday, September 4, 2009

Program Hari Kemerdekaan

Pihak guru telah mengadakan Program Hari Kemerdekaan di SRA Jenderam Hilir dan ia telah berlangsung dengan jayanya. Ia telah dilangsungkan seperti butiran berikut:

Tarikh: 4 September 2009 (Jumaat)
Masa : 3.00 p.m
Tempat : SRA Jenderam Hilir.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti pertandingan melukis poster, pertandingan mewarna dan sebagainya. Semoga program ini dapat menyemai semangat kemerdekaan di kalangan pelajar-pelajar SRA.