Monday, September 12, 2011

Program Restu PSRA dan Sambutan hari Raya 2011





Program tersebut telah diadakan pada 9 September 2011 di Dewan SRA Jenderam Hilir. Pihak PIBG mengucapkan terima kasih tidak terhingga di atas komitmen ibu bapa dan penjaga menghadiri program ini.

Friday, July 1, 2011

Program sambutan Isra'Mikraj 1432H




Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya. Penceramah jemputan pada kali ini ialah Ustaz Abdul Ghani Hj Hashim yang merupakan penolong pengarah pendidikan (perhubungan) daerah Sepang. semoga program ini memberi manfaat kepada pelajar dalam memahami dan menghayati peristiwa Isra' dan Mikraj Insha Allah.

Thursday, June 30, 2011

Program Peristiwa Isra' dan Mikraj Rasulullah s.a.w

Program sambutan peristiwa Isra'dan Mikraj dan pengajarannya akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 1 Julai 2011 (Jumaat)
Masa : 3.00 p.m
Tempat : Dewan SRA Jenderam Hilir.

Pelajar-pelajar dipersilakan hadir

Program Bacaan Yasin, solat sunat hajat dan solat sunat tasbih sempena PSRA 2011





Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Masjid As-Syakirin Jenderam Hilir. Pihak PIBG mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran tuan puan ibubapa serta penjaga ke program tersebut. Semoga program ini mendapat keberkatan dan diperkenaan oleh Allah s.w.t.

Saturday, May 21, 2011

KAMIL 2011





Pertandingan Kemahiran Amal Islami 2011 telah berlangsung dengan jayanya di SRA Bandar Seri Putra. Pertamanya tahniah kepada guru besar serta ustaz dan ustazah yang telah berjaya mewujudkan satu pasukan sekolah yang layak untuk bertanding di peringkat daerah. Keduanya tahniah kepada Ustaz Khairul Azman serta pasukan marhaban yang telah berjaya mendapat tempat dalam pertandingan. Pasukan Marhaban perempuan telah mendapat Johan dan layak mewakili daerah Sepang untuk ke pertandingan KAMIL peringkat negeri. Pasukan marhaban lelaki yang berjaya mendapat tempat ketiga dan juga adik Asma' yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara tilawah Al-Quran perempuan. Pihak PIBG amat berbangga dengan pencapaian ini. Tahniah sekali lagi.

Thursday, May 19, 2011

Solat Hajat dan Bacaan Yasin Sempena Menghadapi Amal Islami 2011

Program tersebut akan dilangsungkan seperti berikut:

Tarikh : 20 Mei 2011 (Jumaat)
Masa : 3.00 p.m
Tempat : Surau SRA Jenderam Hilir

Semoga program ini mendapat keberkatan Allah s.w.t dan mencapai kejayaan yang diinginkan dalam Amal Islami 2011

Latihan dan raptai Amal Islami 2011





Pihak PIBG berpuas hati dengan kelancaran program tersebut walaupun tidak sempat menghabiskan kesemua acara yang bakal dipertandingkan. Diharapkan segala kelemahan perlu diperbaiki, segala komen dan pandangan perlu diikuti agar dapat diperbaiki persembahan sebelum pertandingan amal Islami yang sebenar. Selamat Maju jaya.