Thursday, May 14, 2009

Selamat Hari Guru

Pihak PIBG SRA Jenderam Hilir mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua ustazah di sekolah ini. Semoga diberi kesihatan yang berterusan dan bermotivasi untuk mendidik anak-anak kampung Jenderam Hilir.

Kelas gantian Hari Raya Aidil Fitri tahun 2009

Dimaklumkan kelas gantian akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 16 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 7.30 a.m- 11.30 a.m

Pada hari tersebut, sambutan hari guru akan diadakan di setiap kelas. Semoga semua pelajar dapat menghadirkan diri.

Wednesday, May 13, 2009

Tentatif program Kem Khemah Ibadah (Qiamullail)

Adalah dimaklumkan kem ibadah tersebut akan diadakan pada 15-16 Mei 2009 bertempat di SRA Jenderam Hilir. Tentatif program adalah seperti berikut:

6.40p.m-7.15 p.m : pendaftaran dan minum petang
7.45 p.m : Solat Maghrib berjemaah, membaca Yaasin dan tahlil
8.45 p.m : Solat Isyak berjemaah dan zikir munajat
(Imam: Hj Mohd Aizuddin Mohd Salleh)
9.15 p.m : makan malam
10.00 p.m : Firqah (taklimat berkenaan solat serta solat sunat)
10.30 p.m : tidur
4.00 a.m : bangun pagi serta bersihkan diri
4.30 a.m : Qiamullail-Solat Tahajjud, Solat Taubat, Solat Hajat dan Solat Tasbih.
(Imam: Ustaz Mohd Nazwan b. Saidi)
6.00 a.m : Solat Subuh berjemaah
8.00 a.m : Sarapan pagi.

Semoga program ini berjaya membentuk sahsiah pelajar ke arah pengamalan bersolat secara berjemaah serta bersembahyang sunat.

Monday, May 11, 2009

program kem ibadah (Qiamullail)

Program tersebut akan diadakan pada 15 Mei 2009 bermula jam 7.00 p.m. sehingga 16 Mei 2009 jam 8.00 a.m. Program ini akan diikuti oleh pelajar tahun 5 dan 6. Program ini akan dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil selepas Solat Maghrib. Program Qiamullail akan bermula jam 4.00 a.m, mengadakan solat-solat sunat seperti solat tahajjud, solat Hajat serta solat Tasbih. Program akan diteruskan dengan kuliah subuh, bersenam dan bersarapan bersama guru-guru, uastaz dan ustazah serta AJK PIBG.

gotong-royong membersihkan kawasan sekolah

program tersebut telah diadakan pada 10 Mei 2009 bertujuan membersihkan kawasan luar SRA Jenderam Hilir. Ia berlangsung bermula jam 4.00 p.m dan berakhir jam 7.00 p.m. Pihak PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK PIBG yang telah membersihkan kawasan sekolah. Semoga program ini akan diadakan sebulan sekali untuk memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih dan ceria.