Saturday, November 13, 2010

Hari Kecemerlangan SRA Jenderam Hilir 2010

Adalah dimaklumkan program hari kecemerlangan SRA akan berlangsung seperti berikut:
Tarikh : 15 November 2010 (Isnin)
Masa : 2.00 p.m - 5.30 p.m
Tempat : Dewan SRA Jenderam Hilir.
Perasmi : Tuan Haji Abd. Halim B. Mt. Esa (Pegawai Tadbir Agama Sepang/Kadi Sepang)

Keputusan PSRA 2010

Pihak PIBG mengucapkan tahniah kepada 3 orang pelajar yang telah mendapat keputusan mumtaz. Pelajar tersebut ialah Nurul Izzati bt Roslee (98.4%), Nur Syahirah Azariah bt. Azaman (94.8%) dan Muhd Amir Farhan b. Azhari (90.2%). Keputusan ini amat memberangsangkan kerana berlaku peningkatan pelajar mumtaz dari seorang tahun 2009 kepada 3 orang tahun 2010. Keputusan lain PSRA adalah seperti berikut: Jayyid Jiddan 10 orang, Jayyid 10 orang, maqbul 14 orang dan Rasib 16 orang.

Saudari Nurul Izzati juga telah diisytiharkan pelajar terbaik di daerah Sepang kerana pencapaian beliau yang memperolehi markah 98.4%. Pihak PIBG SRA Jenderam Hilir dan MPPIBG Sepang mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut. Sejarah SRA Jenderam Hilir sekali lagi telah tercipta pada tahun ini atas kejayaan Nurul Izzati. Pihak PIBG dan Sekolah amat berbangga dengan pencapaian beliau dan diharapkan ramai lagi murid SRA Jenderam Hilir akan mencipta lagi kejayaan pada tahun hadapan. Tahniah sekali lagi tari pihak PIBG.

Thursday, November 4, 2010

Hari Kecemerlangan SRA Jenderam Hilir

Adalah dimaklumkan hari kecemerlangan SRA Jenderam Hilir akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 15 November 2010 (Isnin)
Masa : 2.00 p.m - 5.30 p.m
Tempat : Dewan SRA Jenderam Hilir

Tahniah kepada pelajar yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya diharap dapat pertingkatkan lagi usaha di masa akan datang.

Thursday, September 30, 2010

Selamat menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA)

Pihak PIBG mengucapkan selamat berjaya dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalam PSRA yang berlangsung seperti berikut:

Tarikh : 30 September 2010 hingga 5 Oktober 2010
Tempat : Dewan peperiksaan SRA Jenderam Hilir.

Selamat menghadapi peperiksaan

Thursday, August 12, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Pihak sekolah dan PIBG mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Tuesday, August 3, 2010

Majlis Solat Hajat dan Membaca Yasin

Program tersebut diadakan bertujuan untuk memohon keberkatan dan kejayaan pelajar-pelajar tahun 6 untuk menghadapi peperiksaan UPSR dan PSRA tahun 2010 yang akan berlangsung pada bulan September depan. Program tersebut diadakan dengan kerjasama SK Jenderam Hilir dan pihak masjid As-Syakirin Jenderam Hilir. Ia akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 5 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid As-Syakirin Kg Jenderam Hilir.
Imam : Ustaz Adnan (Imam 1)

Kepada para penjaga murid tahun 6 diharapkan dapat hadir bersama-sama mendoakan kejayaan anak-anak anda bukan sahaja untuk menghadapi peperiksaan malah juga kejayaan-kejayaan di masa hadapan dalam pelbagai bidang di dunia dan di akhirat.

Program Qiamullail

Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya di surau SRA Jenderam Hilir. Ia telah berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 5-6 Jun 2010
Tempat : SRA Jenderam Hilir.

Pihak PIBG merakamkan ucapan terima kasih kepada ustaz Nazwan, Imam 3 Masjid As-Syakirin Kg Jenderam Hilir kerana telah mengimamkan solat-solat sunat ketika program tersebut. Juga tidak ketingalan ucapan terima kasih kepada semua AJK PIBG, guru-guru serta ibu bapa yang juga turut serta. Semoga program ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Friday, March 12, 2010

Program Sambutan Maulidur Rasul

Program tersebut telah diadakan dengan jayanya seperti berikut:

Tarikh : 12 Mac 2010 (Jumaat)
Tempat : Dewan SRA Jenderam Hilir
Penceramah : Ustaz Haji Ismail b. Kabut

Semoga ceramah tersebut memberi ilmu dan manfaat untuk dihayati dan diamalkan.

Sunday, March 7, 2010

Mesyuarat Agung PIBG SRA Jenderam Hilir

Mesyuarat tersebut akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh : 10 April 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 a.m
Tempat : Dewan SRA Jenderam Hilir.

Semua ibubapa dan penjaga dijemput hadir.

Program pemuafakatan Ibubapa dan sekolah serta motivasi pelajar tahun 6

Adalah dimaklumkan program tersebut telah berlangsung dengan jayanya seperti berikut:

Tarikh : 7 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 a.m - 12.00 p.m
Tempat : Dewan SRA Jenderam Hilir

Peceramah jemputan : Ustaz ismail b. Kabut

Penerangan strategi PSRA 2010 telah disampaikan oleh Ustaz Sharif bin Saring (GPK Akademik) SRA Jenderam Hilir.

Semua ibubapa dan penjaga yang hadir, pihak PIBG mengucapkan jutaan terima kasih.