Thursday, August 12, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Pihak sekolah dan PIBG mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Tuesday, August 3, 2010

Majlis Solat Hajat dan Membaca Yasin

Program tersebut diadakan bertujuan untuk memohon keberkatan dan kejayaan pelajar-pelajar tahun 6 untuk menghadapi peperiksaan UPSR dan PSRA tahun 2010 yang akan berlangsung pada bulan September depan. Program tersebut diadakan dengan kerjasama SK Jenderam Hilir dan pihak masjid As-Syakirin Jenderam Hilir. Ia akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 5 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid As-Syakirin Kg Jenderam Hilir.
Imam : Ustaz Adnan (Imam 1)

Kepada para penjaga murid tahun 6 diharapkan dapat hadir bersama-sama mendoakan kejayaan anak-anak anda bukan sahaja untuk menghadapi peperiksaan malah juga kejayaan-kejayaan di masa hadapan dalam pelbagai bidang di dunia dan di akhirat.

Program Qiamullail

Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya di surau SRA Jenderam Hilir. Ia telah berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 5-6 Jun 2010
Tempat : SRA Jenderam Hilir.

Pihak PIBG merakamkan ucapan terima kasih kepada ustaz Nazwan, Imam 3 Masjid As-Syakirin Kg Jenderam Hilir kerana telah mengimamkan solat-solat sunat ketika program tersebut. Juga tidak ketingalan ucapan terima kasih kepada semua AJK PIBG, guru-guru serta ibu bapa yang juga turut serta. Semoga program ini dapat diteruskan di masa akan datang.