Saturday, November 13, 2010

Hari Kecemerlangan SRA Jenderam Hilir 2010

Adalah dimaklumkan program hari kecemerlangan SRA akan berlangsung seperti berikut:
Tarikh : 15 November 2010 (Isnin)
Masa : 2.00 p.m - 5.30 p.m
Tempat : Dewan SRA Jenderam Hilir.
Perasmi : Tuan Haji Abd. Halim B. Mt. Esa (Pegawai Tadbir Agama Sepang/Kadi Sepang)

Keputusan PSRA 2010

Pihak PIBG mengucapkan tahniah kepada 3 orang pelajar yang telah mendapat keputusan mumtaz. Pelajar tersebut ialah Nurul Izzati bt Roslee (98.4%), Nur Syahirah Azariah bt. Azaman (94.8%) dan Muhd Amir Farhan b. Azhari (90.2%). Keputusan ini amat memberangsangkan kerana berlaku peningkatan pelajar mumtaz dari seorang tahun 2009 kepada 3 orang tahun 2010. Keputusan lain PSRA adalah seperti berikut: Jayyid Jiddan 10 orang, Jayyid 10 orang, maqbul 14 orang dan Rasib 16 orang.

Saudari Nurul Izzati juga telah diisytiharkan pelajar terbaik di daerah Sepang kerana pencapaian beliau yang memperolehi markah 98.4%. Pihak PIBG SRA Jenderam Hilir dan MPPIBG Sepang mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut. Sejarah SRA Jenderam Hilir sekali lagi telah tercipta pada tahun ini atas kejayaan Nurul Izzati. Pihak PIBG dan Sekolah amat berbangga dengan pencapaian beliau dan diharapkan ramai lagi murid SRA Jenderam Hilir akan mencipta lagi kejayaan pada tahun hadapan. Tahniah sekali lagi tari pihak PIBG.

Thursday, November 4, 2010

Hari Kecemerlangan SRA Jenderam Hilir

Adalah dimaklumkan hari kecemerlangan SRA Jenderam Hilir akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 15 November 2010 (Isnin)
Masa : 2.00 p.m - 5.30 p.m
Tempat : Dewan SRA Jenderam Hilir

Tahniah kepada pelajar yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya diharap dapat pertingkatkan lagi usaha di masa akan datang.