Monday, June 29, 2009

sumbangan ibu bapa

Pihak PIBG dan sekolah SRA Jenderam Hilir mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan PA system dan kerusi banquet oleh En Shaharudin dan cikgu Intan dari Taman Desa Sinaran. Semoga sumbangan ini akan menjadi pencetus semangat ingin menderma dan mewaqafkan harta kepada ibu bapa yang lain di Jenderam Hilir demi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di SRA ini. Sekali lagi pihak PIBG mengucapkan jutaan terima kasih.

Program Motivasi dan teknik menjawab peperiksaan PSRA

Program tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 3 Julai 2009 (Jumaat)
Masa : 2.45 p.m-4.45 p.m
Tempat : Dewan SRA Jenderam Hilir.
Penceramah: Ustaz Hj Misron b. Mahmud
Penyelia Kanan Pengurusan unit Pendidikan JAIS

Semoga program ini memberi manfaat kepada pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan PSRA tahun 2009. Semoga ia akan meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan PSRA tahun ini Insha Allah.

gotong royong

Pihak PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK PIBG yang terlibat membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti tersebut telah diadakan pada 28 Jun 2009 selepas waktu Solat Asar. Semoga persekitaran sekolah sentiasa bersih sentiasa bersih dan selamat untuk belajar.