Saturday, November 14, 2009

Keputusan PSRA

Pihak PIBG mengucapkan tahniah dan syabas kepada adik Anis Farhana bt Azhari kerana mendapat keputusan Mumtaz dalam PSRA 2009. Ini merupakan titik sejarah kepada SRA Jenderam Hilir kerana beliau merupakan pelajar pertama dalam sejarah SRA Jenderam Hilir mendapat Mumtaz. Tidak dilupakan ucapan tahniah kepada murid-murid lain yang telah mendapat keputusan Jayid Jiddan, Jayid dan maqbul. Keputusan PSRA SRA Jenderam Hilir adalah 76.7%. Tahniah kepada guru besar, ustaz dan ustazah kerana telah bertungkus lumus mencipta kejayaan ini. Semoga kejayaan ini menngkatkan semangat berjuang kepada pelajar tahun hadapan.

Walimatul Urus Ustazah Erni

Kenduri perkahwinan Ustazah Erni akan berlangsung seperti berikut:
Tarikh: 15 November 2009 (Ahad)
Tempat : Kg Labohan Dagang, Banting.

Pihak PIBG mengucapkan Selamat Pengantin Baru.

Friday, November 6, 2009

Pendaftaran Murid Baru 2010

Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran murid baru tahun 2010 telah bermula. Harap Ibubara serta penjaga dapat mendaftarkan murid dengan segera terutamanya murid tahun 1 untuk memudahkan pentadbiran SRA dan JAIS pada tahun hadapan.

Hari Kecemerlangan

Program Hari Kecemerlangan akan berlangsung seperti butiran berikut:Tarikh : 18 November 2009 (Rabu)
Masa : 2.30 p.m
Tempat : Dewan SRA Jenderam Hilir

Semoga ibubapa dan penjaga serta Jawatankuasa PIBG dapat memeriahkan program tersebut