Sunday, August 30, 2009

Penyampaian cek kepada SRA Jenderam Hilir oleh MP Sepang

Pihak PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Parlimen Sepang, Dato' Haji Mohd Zin Haji Mohamed atas sumbangan cek sempena bulan Ramadhan kepada PIBG SRA Jenderam Hilir pada 24 Ogos 2009. Program tersebut juga turut dihadiri oleh Datuk Marsum Paing, merangkap ADUN Dengkil. Majlis penyerahan cek telah berlangsung di Masjid Jenderam Hilir sempena majlis penyerahan bantuan fakir miskin di kawasan Dengkil, majlis berbuka puasa dan sembahyang terawih bersama YB. Sekali lagi pihak PIBG mengucapkan jutaan terima kasih.

Program motivasi kecemerlangan SRA Jenderam Hilir


Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai matlamat yang telah digariskan oleh pihak penganjur. Pihak PIBG mengucapkapkan terima kasih kepada penceramah yang telah menyampaikan ceramah dengan baik. Terima kasih juga kepada pihak Jawatankuasa RT Taman Desa yang telah mencetuskan inisiatif untuk menganjurkanya. Terima kasih juga kepada guru-guru dan ibubapa penjaga yang turut hadir dalam program tersebut. 

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Pihak guru-guru dan PIBG SRA Jenderam Hilir mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak Tahun 1430 Hijrah. Semoga amalan di bulan Ramadhan kali ini lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Saturday, August 8, 2009

Selamat bertugas ustazah baru dan terima kasih guru rakyat SRA

Pihak PIBG SRA Jenderam Hilir mengucapkan selamat bertugas kepada ustazah Norol Azimi bt Ahmad yang baru bertugas sebagai guru tahun 3 di SRA Jenderam Hilir. Semoga ustazah dapat memberikan khidmat yang cemerlang di SRA Jenderam Hilir. Selamat bertugas dari kami. Pihak PIBG juga mengucapkan terima kasih dan selamat menyambung pelajaran kepada ustazah Syifa' Zakaria kerana telah berkhidmat sebagai guru rakyat. Selamat belajar dan terima kasih.

Program motivasi kecemerlangan

Adalah dimaklumkan bahawa satu program motivasi kecemerlangan anjuran bersama pihak SRA Jenderam Hilir, Rukun Tetangga Jenderam Hilir dan PIBG akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 15 Ogos 2009 (Hari Sabtu)
Masa : 7.30 a.m - 1.00 p.m
Tempat : SRA Jenderam Hilir
Penceramah : Ustaz Abu Hassan Al-Ash'ari Zakaria

Program ini khas dilaksanakan untuk semua murid tahun 4, 5 dan 6 untuk meningkatkan motivasi dan menyemai sikap ingin mencapai kecemerlangan di kalangan pelajar-pelajar. Aturcara program adalah seperti berikut:

7.30 a.m : Pendaftaran
8.30 a.m : Bengkel I
10.00 a.m : Kudapan
10.30 a.m : Bengkel II
12.00 p.m : Majlis perasmian penutup
Tn Hj Adailami Mohd Amin (Tim.YDP Majlis Perbandaran Sepang)
Penyampaian sijil penyertaan kepada pelajar
Penyampaian cenderamata
Jamuan makan tengahari
1.00 p.m : bersurai

Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat sempena PSRA

Adalah dimaklumkan bahawa program solat hajat dan bacaan Yasin akan diadakan bertujuan untuk memohon keberkatan sempena persiapan pelajar tahun 6 menghadapi PSRA. Program ini adalah anjuran bersama pihak SRA Jenderam Hilir, SK Jenderam Hilir,pihak PIBG dan masjid. Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh : 13 Ogos 2009 (Khamis malam Jumaat)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Jenderam Hilir

Semua pelajar SRA dan SK terutamanya pelajar tahun 6, Ibubapa, ustazah, AJK PIBG dan penduduk kampung Jenderam Hilir dijemput hadir.

gotong royong bersama rukun tetangga

Adalah dimaklumkan bahawa gotong royong bersama rukun tetangga Jenderam Hilir akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 9 Ogos 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Perkarangan SRA Jenderam Hilir

Ia bertujuan untuk persiapan program motivasi kecemerlangan yang akan berlangsung pada 15 Ogos 2009. Adalah diharapkan semua AJK PIBG, guru dan Jawatankuasa rukun tetangga dapat meghadirkan diri.