Sunday, December 27, 2009

Gotong-royong di SRA Jenderam Hilir

Pihak PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru dan AJK PIBG yang dapat menghadirkan diri membuat persiapan kelas dan sekolah sebelum persekolahan 2010bermula. Program tersebut telah diadakan pada 26 Disember 2009 bermula jam 9.00 a.m. Terima kasih juga atas persediaan makanan dan minuman sepanjang gotong-royong tersebut.

Ustazah Zabedah bertukar ke SRA Dengkil

Adalah dimaklumkan bahawa Ustazah Zabedah akan bertukar ke SRA Dengkil bermula tahun Januari 2010. Tempat beliau akan diganti oleh Ustaz Sharif b. Saring daripada SRA Dengkil. Pihak PIBG mengucapkan selamat maju jaya kepada ustazah Zabedah, segala bakti yang dicurahkan akan tetap dikenang, terima kasih atas segalanya sepanjang ustazah berkhidmat di SRA Jenderam Hilir. Pihak PIBG juga merakamkan ucapan selamat datang ke SRA Jenderam Hilir. Semoga ustaz akan berkhidmat dengan cemerlang di SRA ini.

Friday, December 25, 2009

Hari membayar yuran 2010

Ia akan berlangsung seperti berikut:
Tarikh : 3 Januari 2010 (Ahad)
Masa : bermula jam 9.00 a.m
Tempat : SRA Jenderam Hilir.

Sekian dimaklumkan.

Gotong-royong sempena pembukaan sekolah 2010

Adalah dimaklumkan program gotong-royong akan berlangsung seperti berikut:
Tarikh : 26 Disember 2009 (Sabtu)
Tempat : SRA Jenderam Hilir
Masa : bermula jam 9.00 a.m

Aktiviti gotong-royong termasuklah membaiki kerusi dan meja murid, mengantung softboard, mengemas ruang bacaan, dan sebagainya. Semua guru serta AJK PIBG serta ibubapa dijemput hadir