Program tersebut telah diadakan pada 9 September 2011 di Dewan SRA Jenderam Hilir. Pihak PIBG mengucapkan terima kasih tidak terhingga di atas komitmen ibu bapa dan penjaga menghadiri program ini.
Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya. Penceramah jemputan pada kali ini ialah Ustaz Abdul Ghani Hj Hashim yang merupakan penolong pengarah pendidikan (perhubungan) daerah Sepang. semoga program ini memberi manfaat kepada pelajar dalam memahami dan menghayati peristiwa Isra' dan Mikraj Insha Allah.
Program sambutan peristiwa Isra'dan Mikraj dan pengajarannya akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 1 Julai 2011 (Jumaat) Masa : 3.00 p.m Tempat : Dewan SRA Jenderam Hilir.
Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Masjid As-Syakirin Jenderam Hilir. Pihak PIBG mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran tuan puan ibubapa serta penjaga ke program tersebut. Semoga program ini mendapat keberkatan dan diperkenaan oleh Allah s.w.t.
Pertandingan Kemahiran Amal Islami 2011 telah berlangsung dengan jayanya di SRA Bandar Seri Putra. Pertamanya tahniah kepada guru besar serta ustaz dan ustazah yang telah berjaya mewujudkan satu pasukan sekolah yang layak untuk bertanding di peringkat daerah. Keduanya tahniah kepada Ustaz Khairul Azman serta pasukan marhaban yang telah berjaya mendapat tempat dalam pertandingan. Pasukan Marhaban perempuan telah mendapat Johan dan layak mewakili daerah Sepang untuk ke pertandingan KAMIL peringkat negeri. Pasukan marhaban lelaki yang berjaya mendapat tempat ketiga dan juga adik Asma' yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara tilawah Al-Quran perempuan. Pihak PIBG amat berbangga dengan pencapaian ini. Tahniah sekali lagi.
Pihak PIBG berpuas hati dengan kelancaran program tersebut walaupun tidak sempat menghabiskan kesemua acara yang bakal dipertandingkan. Diharapkan segala kelemahan perlu diperbaiki, segala komen dan pandangan perlu diikuti agar dapat diperbaiki persembahan sebelum pertandingan amal Islami yang sebenar. Selamat Maju jaya.
Adalah dimaklumkan ustaz Asa'ri Mohd telah mengalami kemalangan motorsikal di nilai, N.S pada 11 April 2011 (Isnin). Ustaz telah mengalami kemalangan yang agak teruk hingga patah tangan serta kaki. Ustaz kini sedang dirawat di Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban di wad 5A (tingkat 5). Marilah kita sama-sama mendoakan agar Ustaz Asa'ri cepat sembuh seperti sediakala dan dapat mengajar semula di SRA Jenderam Hilir.
Pihak PIBG mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran dan sokongan ibubapa dan penjaga ke mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Pn Hajjah Habibah binti Mohammed Daud, penolong pegawai tadbir agama daerah, unit pendidikan islam PAID Sepang. Banyak usul telah dibahaskan dan Insha Allah akan dipanjangkan oleh pihak PIBG dan sekolah. Semoga segala komen dan kritikan serta cadangan ibubapa dapat dimanfaatkan demi meningkatkan kecemerlangan anak-anak dalam prestasi akademik dan sahsiah serta akhlak mereka.
Dimaklumkan program tersebut telah diadakan dengan jayanya. Ramai juga para ibubapa terutamanya para ibu turut bersama-sama menyertai anak-anak mereka melafazkan janji mencapai kecemerlangan PSRA 2011. Hampir semua pelajar bercita-cita ingin mencapai mumtaz. Tahniah dan harapan PIBG agar ia dapat direalisasikan ketika peperiksaan nanti. Penubuhan KPTE juga telah dilakukan dan ia terajui dan dibarisi oleh para ibu. Tahniah kerana ingin turut serta bersama sekolah dan PIBG merealisasikan kecemerlangan anak-anak mereka.
Adalah dimaklumkan bahawa prorgam tersebut akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 24 Mac 2011 (Khamis) Masa : 3.00 p.m Tempat : Dewan SRA Jenderam Hilir.
Program ini bertujuan membentangkan perancangan dan strategi oleh pihak sekolah dalam menghadapi PSRA tahun 2011. Pada masa yang sama kelab ibubapa tahun 6 akan ditubuhkan bagi memantapkan dan menyokong pihak sekolah dan PIBG untuk merealisasikan kecemerlangan PSRA bagi pelajar tahun 6. Semua ibubapa pelajar tahun 6dijemput hadir.
Ceramah tersebut telah diadakan dengan jayanya. Penceramah jemputan adalah Ustaz Misron Mahmud dari PAID Sepang. Terima kasih kepada ustaz Misron atas ceramah yang telah diberikan.
Alhamdulillah tabung derma PIBG telah dilancarkan di masjid As-Syakirin, Jenderam Hilir. Semoga kutipan derma tersebut Insha Allah dapat melancarkan segala aktiviti PIBG sepanjang tahun untuk kecemerlangan murid. Pihak PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa masjid yang membenarkan pihak PIBG meletakkan tabung derma di sana. Terima kasih.
Sumbanglah kepada aktiviti PIBG di akaun Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Agama Jenderam Hilir (Bank Islam Malaysia Berhad:(05058010016072). Semoga amal jariah ini mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.