Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SRA Jenderam Hilir akan menganjurkan satu program motivasi. Program ini dinamakan "Program Motivasi menjana Sahsiah Unggul Pekerti Mulia". Program ini secara khususnya melibatkan pelajar-pelajar tahun 5 dan 6 serta ibubapa masing-masing sebagai maklumat, pendedahan dan motivasi berkenaan peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA).
Butiran Program adalah seperti berikut:
Tarikh : 22 Februari 2009 (26 Safar 1430 H) - Hari Ahad
Penceramah : Ustaz Maskor b. Jemenin (Unit Naziran Daerah Petaling Jaya)
Tempat : Dewan SRA Jenderam Hilir
Tentatif Program adalah seperti berikut:
8.00-9.00 a.m : pendaftaran
9.00-10.00 a.m : Pembentangan I
10.00-10.30 a.m : Kudapan
10.30-11.30 a.m : Pembentangan II
11.30-12.30 tgh : Makan Tengahari dan bersurai
Semoga ibubapa murid-murid tahun 5 dan 6 menghadirkan diri demi untuk kecemerlangan anak-anak anda dalam pendidikan agama.
Monday, February 16, 2009
Selamat datang Guru baru dan Guru Rakyat
Pihak PIBG dan guru-guru SRA Jenderam Hilir mengalu-alukan kedatangan Guru Rakyat yang baru, Ustaz Mohd Riduan b. Masarudin yang telah mula bertugas awal bulan Februari 2009. Pihak PIBG juga mengalu-alukan ustazah Syifaa' bt Zakaria sebagai Guru Rakyat yang baru ke SRA jenderam Hilir.
Dialu-alukan juga kedatangan Ustazah Norliyana Fariza bt Said Mokhtar sebagai guru baru menggantikan Ustaz Mahfuzatul Auliya. Ustazah akan memegang kelas tahun 5 Iman. Diharapkan ustaz dan ustazah dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam mendidik anak murid di sekolah ini. Selamat bertugas!

Monday, February 2, 2009
Guru Agama Rakyat
Kepada para penjaga sekalian. PIBG SRA Jenderam Hilir melalui mesyuarat agong yang lepas telah bersetuju untuk melantik dua orang guru agama rakyat. Ia bertujuan untuk mengatasi kekurangan guru di sekolah tersebut. Mohon para Ibubapa membayar sebanyak RM100 bagi setahun (setiap wali sahaja) dan bayaran tersebut boleh dibayar sekaligus atau dua kali bayar iaitu bulan Februari 2009 dan Mei 2009.
Sumbangan ini akan membolehkan anak-anak kita belajar dengan baik demi untuk meningkatkan pembentukkan sahsiah dan peningkatan akademik.
Sumbangan ini akan membolehkan anak-anak kita belajar dengan baik demi untuk meningkatkan pembentukkan sahsiah dan peningkatan akademik.
Mesyuarat Agong PIBG kali Ke 11
Mesyuarat agong PIBG ke-11 telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Januari 2009. Terima kasih kepada ibubapa, guru-guru serta AJK PIBG yang telah hadir meluangkan masa dalam mesyuarat agong tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)